Fenomena adik angkat, kakak angkat, angkat - angkat~

assalamuikum, semua alhamdulillah kali ni hikmah kesedaran nak share lagi bab Fenomena adik angkat, kakak angkat, angkat - angkat~

sekarang saya nak ulas serba sedikit pasal benda ni sebenarnya boleh dikatakan sama je dengan couple, hari demi hari korang tau tak ada kesan negetif dengan pekara ini, kalau kata untuk mengeratkan uhkmah saya rasa tak kot kalau antara laki dengan perempuan...

Apa itu konsep ini:
konsepnya macam ni, seseorang yang nak ambil seseorang itu yang bukan dari keluarga dia menjadi adik mestilah di ambil jadi adik angkat hmm kalau anda tak faham, lebih kurang macam anak angkat lah~

padahal konsep adik angkat, kakak angkat, angkat - angkat~ ni tak pernah ada dalam islam yang ada pun anak angkat je, tapi kalaulah, sesama jantina nak buat konsep ni, tak mengapa! dan boleh mengeratkan siratulrahim :)

tapi kali ni, anda perlu tahu tak sedikit sebanyak tentang remaja sekarang!

sebenarnya Fenomena adik angkat, kakak angkat, angkat - angkat~ mana ada dalam islam, serius tak ade kot, korang je mengada sangat...

Jelas kepada kita Islam menggariskan batas-batas dalam hubungan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Seseorang lelaki dan perempuan di tegah berdua-duaan atau sering bertemu tanpa urusan yang mustahak atau dalam perkara-perkara yang dharurat.


Adapun seseorang yang mengambil adik angkat yang berlawanan jantina, hubungan "adik angkat" tersebut sudah tentu akan mendorong mereka selalu bertemu atau "berdating" dengan alasan mengambil berat atau bertanya hal-hal yang remeh temeh serta tidak meningkatkan keimanan. Dari pertemuan-pertemuan seperti ini, akan lahir pula perasaan rindu-rinduan yang mungkin akan membawa mereka lebih jauh lagi... Akhir Zaman...

ingatlah, Imam Al-Qurthubi menyatakan bahawa, suara wanita dikira aurat sekiranya berkata-kata dengan lelaki ajnabi tentang perkara-perkara yang sia-sia. Adapun perkara-perkara yang penting, ia tidak dikira aurat.

"Seseorang lelaki adalah lebih utama mengambil adik angkat dari kalangan lelaki, begitu juga perempuan mengambil adik angkat dari kalangan perempuan. - dipetik sebuah blog"

wallahualam...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. Saya ada soalan, kalau saya dan adik angkat tu xrpt mcm mana ya? Kami xpernah bertegur sapa, kalau jumpa kt sekolah pun x tegur. Chat, telefon pun tak pernah. Kami cuma suka ada hubungan atas nama saja. Maksudnya kami ada hubungan tapi tak sibuk dengan life masing2. Adakah hukumnya tetap haram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 xrapat.. nnt lama2 rapat.. xyah lah angkat2 ni dah dlm islam kata xboleh.. percaya lah.. jgn pertikai apa yang di beritahu di atas.. percayalah..

      Delete
  2. Mcm mana kalau dia tu selalu minta tolong kita..or suruh ajar dia pasal home work..kena jauhkan diri Kee.. walaupun dlm chat..

    ReplyDelete
  3. Saya ada adik angkat dan dia lelaki dia beragama islam adakah itu juga haram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga batas pergaulan yang haram jangan buat yang halal boleh buat kalau sekadar berkawan ok sahaja yang nak berangkat angkat tu tak tahulah ..kawan rapat pun ok

      Delete