PENGENALAN

Apa itu manipulasi cinta?
erkk ini adalah tajuk perbincangan kami semua akan bincang pasal cinta, why? nape pilih tajuk manipulasi cinta sebab saya nak terangkan kepada anda semua pasal dunia sekarang dan juga solusi untuk anda kembali cinta yang sebenar insyaallah...

berapa topik
erk 7 kot iaitu
1.cinta pada diri sendiri
2.cinta kepada seseorang
3.cinta kepada keluarga
4.cinta kepada sahabat
5.cinta kepada masyarakat
6.cinta kepada agama dan bangsa
7.cinta kepada allah dan rasul

Konflik Cinta?
kita di zaman sekarang entah untuk kita bincang, konflik memang banyak, sangat-sangat banyak. ada yang kena tipu oleh cinta hatinya, ada yang kerana cinta akan seseorang perempuan hilang harga diri dan maruah tergadai dan banyak lah kita akan bincang, bab ini adalah paling seronok bagi anda, kita akan bongkar segala masalah umat kini insyaallah.

Di zaman akhir ini cinta tak lagi berharga seperti emas, cinta sekarang bagaikan barang yang boleh campak kemana saja atau di tukar seseuka hati, sekarang  cinta yang di pandang berdasarkan hawa nafsu dan juga keseronokkan, ye lah mari kita tengok di facebook, instagram rata-rata mereka kalau tengok dalam ruang komen 100% laki mesti ada dalam gambar perempuan.

lepas tu tulis dalam PM "saya suka awak, saya janji akan jaga awak sampai ke marikh, saya suka awak bukan kerana rupa tapi hati awak"

ceh baru add tadi dah belagak macam tau semuanya, korang tengok la banyak ragam orang nak try khasnya para hawa ni, aduh ni la konflik paling jelas dalam isu cinta DEHEK!

IKUTI KAMI TOPIK AKAN DATANG...


"kau nampak tak?" - amin

"nampak apa? - Asyraf

"tuu~ cantikkan" - amin

"ushh cantiknya alangkah indah kalau dia jadi milikku" - Asyraf

"ya kan kau macam suka saja dekat dia?"- amin

"memanglah dari beberapa hari lepas aku jatuh cinta dengan dia" - asyraf

"untung nah ni nombor dia" - amin

"ushh dari mana kau dapat" - asyraf

"Ada lah" - amin

kami akhir perbualan kami setakat ini, lalu kami pulang ke rumah selepas pergi bermain bola, aku telah jatuh cinta kepada si fulan itu, entah mengapa kawanku mendapat nombor telefon si fulan itu, lalu saya pun terus mengambil telefon aku yang berharga RM1200 jenama Iphone 5s, kemudian aku menaip nombor telefon yang di beri oleh rakanku, "dump dump dump" jantungku bergetar sebak rasa gementar, nak tercabut pun terasa.

buka whatapp pergi ke kenalan dan klik bahagian segar semula

puishhhh~ kelihatan satu kenalan yang bergambar bagaikan bidadari yang sedang memakai baju kurung putih berserta tudung labuh.

apa yang aku tunggu lagi, mula lah dengan perkataan

"assalamualaikum :)"

peghh power ni ayat kebanyakkan sang buaya ingin memikat selalu menggunakannya, haishh dah 
mabuk dunia sekarang ini hahaha

kemudian si fulan itu pun reply mesej aku brzzzz telefon berbunyi, terasa ingin melompat jauh sampai ke bulan tapi disebabkan graviti sekadar rendah je hehehe....

"waalaikumussalam" - mesej dari si fulan

kami pun mula lah berkenalan dengan dia, si fulan tu sampai dia perkenalkan diri dia nama dia adalah Nur humairah Arieysa tetapi dia suruh panggil riesya, amboi mentang mentang nama sedap gile suruh panggil lak...

tetapi dengan kesilapan aku ini dalam 3 hari selepas berkenalan saya nyatakan tentang perasaan saya...

dump dump dump....

"saya sebenarnya suka awak sebenarnya tetapi itu lah saya harap awak boleh terima saya"

tet send....

"..." dia membalas, saya dengan pujuk rayu agar dia terima aku tetapi saya memang tersilap langkah.

"awak, awak? terimalah saya ni saya ikhlas sukakan awak!"

peghh! pedihnya....

tetapi satu mesej sudah dibalas oleh riesya:
"awak... saya nak minta maaf, saya tahu awak ikhlas tetapi hati saya belum terbuka untuk awak, mungkin awak boleh kawan dengan saya dulu"

huhu... aku tetap degil juga malahan telah nampak peluang disitu tetapi tidak dimanfaatkan, saya cuba dan cuba pujuk dia sampaikan, terus telefon, bagi ayat pemikat, paksa. peghhh teruk weh...

riesya sampaikan dia sekat atau bahasa pasar " dia block" aku. aku tidak pernah putus asa memikirkan cara untuk mendapat hatinya, secara jujurnya aku tidak pandai memikat hati wanita, dan aku selalu melebihkan cinta makhluk daripada cinta ilahi.

ketika aku ingin keluar rumah dengan takdir allah yang maha besar, saya ditegur oleh kawan saya iaitu Amir,

"asyraf saya nak tanya sikit?" - kata amir

"ya ada apa?" - aku berkata sambil berasa sedih akibat tiada cara untuk memikat hati si riesya

"aku dengar riesya cakap dekat aku yang kau ni selalu paksa dia untuk menyukai kau" - kata amir dengan nada yang sederhana

"hah~ aku suka dia tetapi dia tolak cinta aku, aku rasa macam nak mati sahaja" - aku sambil mengeluh

amir melihat aku dengan tenang sambil senyum :) kemudian dia berkata:

"asyraf, ingat firman allah dalam surah al baqarah ayat 216 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

mungkin asyraf, ada hikmahnya Allah boleh gantikan yang baru jangan risaulah, mungkin orang yang kau suka itu tidak baik untuk kau sendiri, malah kau orang bertuah tau tak, tengok kawan -kawan aku, bercouple sana sini last last putus jua walaupun perempuan tu baik bagai dan sebagainya" - kata amir yang suka membebel kepada aku.

entah mengapa amir berkata cam tu aku terdetik eh betul gak ye, awat aku tak pikiaq lagu ni ahhh lalu amir sambung bebelan dia walaupun aku tak dapat peluang nak cakap hampeh.

"maha suci allah yang menjadikan kita ini sempurna, syukur allah berikan segalanya apa yang aku nak pesan asyraf redhalah terima kenyataan dia tak suka, kau buat macam mana pun tak boleh gak sebab hati dia dah keras lagipun kau tu asyik paksa dia, ingat perempuan ni tak suka dipaksa, kadang kala sekali dia dipaksa tak suka dah kah kah kah" - kata amir sambil ketawa besar

aku kaku entah bagaimana lagi untuk patahkan hujah yang diberi, mungkin tiba masanya untuk melupakan dia insyaallah walaupun luka yang amat pedih tetapi insyallah aku cuba dekatkan diri kepada islam dan juga Allah

#GILER

Assalamualaikum semua, saya nak masuk topik sangat menarik dan penuh dengan emosi...
mungkin disini anda tengah sedih dan patah hati kerana cinta ada ditolak atau sebagainya...
terutama saya mahu mengingatkan kepada anda semua, bahawa kita sebagai manusia ni hanyalah hamba allah yang lemah,

jadi untuk anda meneruskan baca saya mahu anda muhasabah diri...

CINTA DITOLAK...BUKAN HARAPAN TERAKHIR...

baca lah ini
ingatlah firman allah dalam surah al baqarah ayat 216
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, allah yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

ayat ni memang jelas bukan semua benda yang kita suka tu baik untuk kita dan benda yang anda tak suka sebenarnya itulah benda yang terbaik untuk anda...

mesti anda pernah dapat ayat macam ini:
"awak, saya minta maaf kerana saya tidak dapat menerima awak dan saya tahu awak ikhlas nakkan saya tetapi saya bukanlah orang yang awak nak..."

atau

"awak akan jumpa seseorang yang lebih baik daripada saya"

peghhhhh kaca pecah...

ADAKAH IA SESUATU YANG MEMALUKAN?

tidak~

jujur saya cakap bukan satu memalukan kerana anda seorang yang berani kerana anda sanggup melepaskan atau melegakan perasaan yang terpendam, tetapi  sebelum itu saya merahkan ayat

TAJUK INI TIDAK KENA MENGENA DENGAN COUPLE ATAU SEBAGAINYA, ANDA BACA ANDA PERLU FAHAM, BUKAN UNTUK BERTUJUAN MENGHALALKAN COUPLE ANDA....

jangan anda merasakan diri anda ini macam tiada peluang lagi, sebenarnya tidak serius saya cakap tidak.... Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai. Jujurlah saya sendiri pernah ditolak. Dan sayalah selalu kena tolak ahahah padan muka LOL....

MOTIVASI....

saya sendiri ingin memberikan motivasi kerana banyak sekarang huru hara, menyalahkan takdir dan paling teruk jadi gila!!!

sebenarnya janganlah buat kerja gila weh, serius jangan buat ada yang toreh tangan sebab cinta ditolak jangan! jangan sesekali!!!! kenapa? sebab mungkin allah nak bagi sesuatu lebih baik daripada apa yang kau nak, mungkin allah bagi kau, seorang yang baik, pandai agama dan sebagainya... dan kau pun hidup bahagia bersama dia... tengok! allah maha mengetahui apa yang kita tak tahu.

secara jujur saya banyak kali kena tolak, dulu saya pernah jadi macam orang tak betul sampaikan buat plan nak dapatkan si dia... astagifrullah al azim

saya nasihatkan kalau kena tolak redha je lah, tak payah nak balas dendam, memaksa, marah dan sebagainya. Secara jujur kalau anda nak luah perasaan dan nak tahu adakah dia tolak atau tak, ini caranya:

1.Tengok Situasi
- kalau lah si dia masih belajar nak ambil SPM, mana taknya kena reject kah kah kah cuiba fikir dia nak fokus kepada kejayaan, cinta dia tolak tepi...

2.JANGAN MEMAKSA
- yang ni saya kena tegur kadang kala, baru sahaja luah lepas tu terus cakap "awak jom kahwin" "awak suka saya tak" peghh macam mana dia tak reject... lagi lagi lelaki yang mahu meluahkan hati kepada wanita

3.berubah menjadi lebih baik
- maksud berubah contoh dulu kau tidak solat sekarang kau solat, maksud disini kau berubah menjadi lebih baik daripada biasa dan nasihat saya jangan berubah nak dapatkan dia sahaja, berubahlah KERANA ALLAH TAALA... tu baru betul. kalau kena reject pun hati still tenang je...

FIKIRLAH POSITIF MUNGKIN ADA BENDA YANG ALLAH NAK TUNJUKKAN ATAU DIA SAYANG KEPADA KAU DAN DIA NAK SEDARKAN SESUATU.

memanglah kita lemah apabila seseorang itu tolak cinta kita tetapi memanglah begitu...
"bukan mudah untuk mendapatkan seseorang kerana yang sedang couple hampir beribu tahun pun boleh putus tengah jalan apalagi kalau kena tolak... serius saya cakap memang susah nak dapatkan seseorang kena banyak bersabar dan berdoa insyallah"

 “…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf :87]

WALLAHUALAM~

assalammualaikum semua dalam blog kali ni saya nak bincang sikit TTM ni apa yang TTM ni, TNB KE?... eh bukan lah TTM tu ialah Teman Tapi Mesra
mesti ada diantara kita yang masih bengong hal ini

baiklah apa itu TTM
TTM ialah Teman tapi mesra yang hampir serupa dengan couple, tapi selalu orang cakap teman tapi mesra ni macam skandal ataupun pra awek/pakwe aik boleh pula? teman tapi mesra. ofcouse ler mereka akan mesra bahkan kadang kala keluar sekali, makan sekali, dating dan tak pernah emo sekali pun..

dalam kes ini ialah, ada kalanya orang buat status begini, "TAK PERLU COUPLE SEBAB IA TAK AKAN LAMA TETAPI APA YANG PERLU BUAT IALAH JADI TEMAN TAPI MESRA SUDAH CUKUP"

Peghh~ mangkuk ayun betul -_-
sebenarnya senang je, TTM ni macam couple je tengoklah ciri - cirinya
  • keluar sama sama
  • guna ayat manis dan memikat
  • dating sama sama
  • ikhtilat
  • dan sebagainya
Dalam ayat Al Qur’an, Allah Ta’ala berfirman,
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra’: 32). Imam Al Qurthubi berkata, “Para ulama mengatakan mengenai firman Allah (yang ertinya) ‘janganlah mendekati zina’ bahwa larangan dalam ayat ini lebih dari perkataan ‘janganlah melakukan zina’. Makna ayat tersebut adalah ‘jangan mendekati zina’.
jadi dalam kes ini.. tengok saja lah remaja bila TTM macam orang tengah bercouple.. haishh macam macamlah zaman sekarang.. dan anda perlu tahu kalau ada istilah baru yang macam couple dan mengharuskan ikhtilat bagai ni macam TTM atau Couple baik tak payah...

KEBURUKANNYA:
keburukannya saya harap boleh buat anda gerun, ia boleh sampai satu tahap yang level yang maksima korang tahukan apa dia kesannya, anda saya boleh bagi ialah rindu tahap 1000x, syahwat dan nafsu akan naik, dan sebagainya malas nak ulas...

weh korang tak pernah tahu ke, macam macam orang boleh buat dengan anda terutama yang pembaca ini golongan wanita, banyak kes rogol,zina, anak luar nikah, gejala sosial...
dan lagi bila ada bf dan gf, si TTM pula gila jelous bapek gile weh, cemburu last last bawa kepada pergaduhan dan berebut macam orang gila~ Astagfirullah al azim~
sebab itu lah ikhtilat hukum asalnya haram rupanya ada kesan yang mendalam padahal pergaulan je bukan ape..

nota untuk anda: kalau kita tengok filem,drama,laman sosial banyak tentang cinta tetapi cinta itu bukanlah sejenis realiti tetapi semuanya palsu belaka 
assalamuikum, semua alhamdulillah kali ni hikmah kesedaran nak share lagi bab Fenomena adik angkat, kakak angkat, angkat - angkat~

sekarang saya nak ulas serba sedikit pasal benda ni sebenarnya boleh dikatakan sama je dengan couple, hari demi hari korang tau tak ada kesan negetif dengan pekara ini, kalau kata untuk mengeratkan uhkmah saya rasa tak kot kalau antara laki dengan perempuan...

Apa itu konsep ini:
konsepnya macam ni, seseorang yang nak ambil seseorang itu yang bukan dari keluarga dia menjadi adik mestilah di ambil jadi adik angkat hmm kalau anda tak faham, lebih kurang macam anak angkat lah~

padahal konsep adik angkat, kakak angkat, angkat - angkat~ ni tak pernah ada dalam islam yang ada pun anak angkat je, tapi kalaulah, sesama jantina nak buat konsep ni, tak mengapa! dan boleh mengeratkan siratulrahim :)

tapi kali ni, anda perlu tahu tak sedikit sebanyak tentang remaja sekarang!

sebenarnya Fenomena adik angkat, kakak angkat, angkat - angkat~ mana ada dalam islam, serius tak ade kot, korang je mengada sangat...

Jelas kepada kita Islam menggariskan batas-batas dalam hubungan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Seseorang lelaki dan perempuan di tegah berdua-duaan atau sering bertemu tanpa urusan yang mustahak atau dalam perkara-perkara yang dharurat.


Adapun seseorang yang mengambil adik angkat yang berlawanan jantina, hubungan "adik angkat" tersebut sudah tentu akan mendorong mereka selalu bertemu atau "berdating" dengan alasan mengambil berat atau bertanya hal-hal yang remeh temeh serta tidak meningkatkan keimanan. Dari pertemuan-pertemuan seperti ini, akan lahir pula perasaan rindu-rinduan yang mungkin akan membawa mereka lebih jauh lagi... Akhir Zaman...

ingatlah, Imam Al-Qurthubi menyatakan bahawa, suara wanita dikira aurat sekiranya berkata-kata dengan lelaki ajnabi tentang perkara-perkara yang sia-sia. Adapun perkara-perkara yang penting, ia tidak dikira aurat.

"Seseorang lelaki adalah lebih utama mengambil adik angkat dari kalangan lelaki, begitu juga perempuan mengambil adik angkat dari kalangan perempuan. - dipetik sebuah blog"

wallahualam...
buku insyaallah akan terbitkan

Assalamuikum, sudah lama kami tidak update pasal berita tidak mengapa saya sibuk untuk mengarang buku terbaru saya alhamdulillah,insyaallah kalau boleh nak terbitkan hehe
baiklah sebenarnya ini adalah topik yang dibahaskan dalam buku saya ini, akan tetapi saya share juga
dalam blog ini untuk bacaan umum... dan tambahan pula ini adalah topik tambahan yang terkandung
dalam buku saya, saya harap memberi manfaat kepada kita semua insyaallah.

POSTER MENUJUKAN KRITIKAN TREND TERSEBUT...


USHHHH!! KORANG BERTUAH KALINI KERANA INI ADALAH
SUB TOPIK BONUS KEPADA ANDA.

Baiklah topik ini hangat masa 6/4/2016 di mana trend ini menjadi
popular remaja di indonesia malah mungkin di malaysia ada juga,
pada pendapat sayalah, perbuatan itu adalah perbuatan sangat
bodoh, kalau orang penang cakap buat kerja buta perut tak ada akai.
Astagfirullah al azim, kalau saya lah tak sanggup memang lah
ada orang cakap “nak buat macam mana dah cinta itu buta” haa~
sebab buta lah boleh tenggalam ke jalan maksiat dan zina, asyik
ikut hawa nafsu tanpa menggunakan hukum syariat yang di guideline
oleh al quran dan hadis. Saya teringat hadis ini daripada

ABU HURAIRAH R.A KATANYA, RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
“SESUNGGUHNYA ALLAH TA’ALA TELAH MENETAPKAN NASIB
ANAK ADAM MENGENAI ZINA. TIDAK MUSTAHIL DIA PERNAH
MELAKUKANNYA. ZINA MATA IALAH MEMANDANG. ZINA LIDAH
IALAH BERKATA. ZINA HATI IALAH KEINGINAN DAN SYAHWAT,
SEDANGKAN FARAJ (KEMALUAN) HANYA MENURUTI ATAU
TIDAK MENURUTI”

jelaskan kerana hawa nafsu kadang boleh membawa kepada zina.
dan jelaslah bahawa allah telah menetapkan kepada kita tentang zina.
jadi tak payahlah nak jadi bengong la ye hehe....

Jadi sekarang, lebih baik kita cium ibubapa kita daripada cium benda
yeng menjijikan. Sebelum itu saya nak bagi Hadis Rasulullah SAW
semasa kembali dari perang badar, NABI SAW BERSABDA:
“KITA KEMBALI DARI PERJUANGAN KECIL, MENUJU KEPADA
PERJUANGAN YANG LEBIH BESAR IAITU PERJUANGAN HAWA
NAFSU”(HR AL-BAIHAQY), saya ingat kata ustazah saya yang
melawan nafsu adalah satu jihad. usahlah kejar nafsu bercinta sana
sini, kalaulah tak mampu nak melawan nafsu bagi saya amat bahaya.
kerana senang dipengaruh.

Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, “SAYA  BERPEND
PAT, SALAH SATU PUNCA UTAMA YANG MENYEBABKAN
AMERIKA BERMASALAH BESAR PADA HARI INI IALAH,
RAKYATNYA BEGITU ASYIK DAN GHAIRAH DENGAN
KESERONOKAN JANGKA PENDEK DAN MELUPAKAN
KEPENTINGAN JANGKA PANJANG...”

Berbalik pada topik kita, bayangkan kalau lah buat pekara sedemikian
asyik ikut sahaja kehendak nafsu, saya yakin peluang untuk berzina,
dan kes tidak diingini mesti berlaku. Ingatlah tak perlu membuktikan
cinta kita kepada bukan mahram kita sampai cium ketiak, sepatutnya
bukti cinta yang abadi adalah BERKAHWIN.  Sebab apa saya cakap
begitu kerana saya tahu kalau kita biarkan benda ini berterusan
mungkin akan menyebabkan pekara tidak diingini seperti terlanjur..

Maaflah saya terpaksa ungkit lagi, kerana apabila terlanjur belum tentu
pihak lelaki mahu bertanggungjawab ye lah mula bercinta nampak baik
spoting gile, bapak bajet alim tapi lepas terlanjur wallahualam....

Sekiranya anda mahukan begitu silakan~ dengan couple anda, dengan
trend cium ketiak entah bulu tak basuh beberapa tahun, dengan
dunia anda yang dijanjikan dengan kesenangan dan bahagian orang
yang bajet kesayangan anda tetapi sekiranya anda menyesal maaf
anda telah terlambat untuk sedar, sedangkan sudah pesan awal-awal
malah disalahkan takdir, oh yang tu payah tu. Kalau salahkan takdir,
sebenarnya takdir tak salah cuma anda yang salah kerana anda yang
memilih jalan itu, ingat tak firman allah “...sesungguhnya allah tidak
akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum hingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” ar ra’d 13:11

jadi anda punya pilihan kalau anda pilih jalan tu maka anda akan dapat
hasilnya. Kalau anda pilih jalan selamat insyaallah, jalan itu lah yang
anda dapat...

Tuntasnya, tak perlulah buat kerja gila macam sedemikian ini, kerana
sudah melanggar syariat islam lagi pun bukan mahram pula tu,
tambahan pula, cium ketiak ini tak ada benda lain nak cium. Oleh itu,
buat lah terbaik kepada agama,bangsa dan negara... Saya pun mahu
meminta maaf sekiranya ada yang kurang. Apapun anda boleh
email saya sekiranya ada benda yang ingin ditambah atau mahu
pembetulkan sesuatu kesilapan.

wallahualam~

Hak cipta terpelihara 2016 Invader World Studio

Aku Bukan Femes
Email Karya: bakhtiar93tiar@gmail.com
Facebook Karya: https://www.facebook.com/Shadow-870933409591527/

INVADER WORLD STUDIO:
Email Studio: Invaderworldstudio@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/invaderworldstudio
Website Rasmi: http://invader-world-offical.weebly.com/
Website Art: http://invader-art-world.weebly.com/

HIKMAH KESEDARAN:
Laman Web: http://hikmahkesedaran.blogspot.my/
Youtube Channel:
https://www.youtube.com/channel/UC7RsvJifyT6NxCVghwpfrrQ

Sumber rujukan:
Alquran
tuhan andai dia jodohku - asyraf farique
aku ingin berubah - qamarul nazrin
tarbiah sentap 2 - adnin roslan
deme "wasap" ambe Reply berkenaan:FIKAH REMAJA - ustaz azhar idrus
usrahkeluarga.blogspot.com/2012/tarbiyah-melawan-hawa-nafsu_08.html



http://img07.deviantart.net/4b98/i/2011/300/3/2/pray_for_turkey_by_mak110-d4e55k8.jpg

14 Mac 2016: Ankara, Turki
Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan terbunuh manakala 125 lagi cedera apabila seorang pengebom kereta bertindak meletupkan diri di tengah-tengah bandar raya ini. Sehingga kini tiada pihak yang mengakui sebagai dalang kejadian tersebut. Bagaimanapun, perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Empat Maut, 20 Cedera Serangan Bom Di Turki
ISTANBUL – Empat maut dan 20 lagi cedera dalam insiden serangan bom berani mati di jalan tumpuan membeli-belah utama di Istanbul pada Sabtu, kata pihak berkuasa Turki.

Insiden berlaku enam hari selepas serangan maut di Ankara.

Serangan pada Sabtu berlaku di Istiklal Caddesi, laluan pejalan kaki yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Ini adalah serangan berani mati, serangan pengganas,” kata Gabenor Istanbul, Vasip Sahin kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pengebom berkenaan turut terbunuh.

Tambahnya, tiga yang cedera dalam keadaan parah.

Bom meletup berdekatan dengan sebuah pusat membeli-belah tetapi Sahin memberitahu sasaran sebenar ialah bangunan pihak berkuasa tempatan di kawasan kejiranan Beyoglu yang menempatkan Istiklal Caddesi.

Serangan di Ankara enam hari lalu mengorbankan 35 orang dan ia didakwa dilakukan oleh militan Kurdish. – mstar

Serangan nekad Turki: 5 maut, lagi 36 cedera

ISTANBUL/ANKARA: Lima orang, termasuk seorang pengebom nekad, terbunuh dalam serangan di kawasan membeli-belah yang popular dengan pelancong di tengah Istanbul, hari ini (19 Mac).
Serangan tersebut turut mencederakan lagi 36 orang, dan merupakan serangan bom nekad keempat yang menggegarkan Turki tahun ini.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan di sebahagian kawasan Istiklal Caddesi itu, iaitu zon pejalan kaki yang didereti kedai-kedai berjenama global dan pejabat-pejabat konsulat asing.
Kawasan itu juga terletak beberapa ratus meter dari sebuah kawasan di mana bas-bas polis biasanya diletakkan.
PUAK KURDI ATAU ISIS MUNGKIN DALANG SERANGAN
Dua pegawai Turki memberitahu Reuters, bukti membayangkan bahawa penyerang berkemungkinan dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang sudah diharamkan, atau kumpulan militan ISIS.
Turki, negara anggota NATO, menghadapi ancaman keselamatan dari PKK di tenggara negara itu yang kebanyakannya terdiri daripada puak Kurdi, bahkan juga menjadi sasaran militan ISIS.
Pasukan kecemasan mengusung mangsa serangan bom yang cedera di Istanbul. (Gambar: DHA via AP) 
Salah seorang pegawai berkata pengebom berkenaan merancang untuk menyerang tempat yang lebih sesak.
"Penyerang meletupkan bom sebelum tiba di tempat sasarannya kerana takut dengan polis," kata pegawai itu, yang enggan dinamakan kerana siasatan masih dijalankan.
Anggota polis bersenjata mengepung kawasan membeli-belah itu, di mana beberapa kereta ambulans turut dilihat. Pasukan-pasukan forensik bersut putih turut berada di tempat kejadian untuk mengumpul bukti. Helikopter-helikopter polis turut dilihat berlegar-legar di ruang udara.
"Pemilik kedai runcit memberitahu saya, ada seseorang meletupkan dirinya, dan saya pun berjalan hingga ke penghujung jalan," kata seorang penduduk kepada Reuters.
"Saya melihat sekujur mayat di sana. Tiada orang merawatnya, tapi saya melihat seseorang yang kelihatan seperti warga biasa, cuba melakukan sesuatu pada mayatnya," ujarnya lagi.
KAWASAN BELI-BELAH LEBIH SEPI DARI BIASA
Istiklal Caddesi, yang biasanya sesak dengan pengunjung yang membeli-belah pada hujung minggu, lebih sepi daripada biasa sebelum serangan itu, kerana lebih ramai orang duduk di rumah menyusuli siri serangan bom maut sejak kebelakangan ini.
Menteri Kesihatan Mehmet Muezzinoglu mengesahkan bahawa 36 orang cedera dan tujuh daripada mereka dalam keadaan parah. Seramai 12 daripada mangsa cedera adalah warga asing, katanya.
Kementerian ehwal luar Israel mengesahkan sesetengah warganya di kalangan mereka yang cedera.
Polis Turki, forensik dan khidmat kecemasan di tempat berlakunya serangan bom di Istiklal, Istanbul. (Gambar: STR / ILHAS NEWS AGENCY / AFP)
Saluran NTV menyatakan, enam daripada mangsa cedera adalah pelancong Israel, dan dua lagi dari Iceland.
"Kami sebagai satu negara, malangnya, kini berdepan dengan tindakan-tindakan yang tidak berperikemanusiaan, mencabuli nilai-nilai kemanusiaan dan zalim," kata Encik Muezzinoglu.
SERANGAN BOM MAUT
Satu serangan bom kereta di ibu kota Ankara membunuh 37 orang, bulan ini. Serangan bom serupa di Ankara pada bulan lalu pula membunuh 29 orang. Sebuah kumpulan militan Kurdi sudah mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua serangan bom itu.
Pada Januari lalu, seorang pengebom nekad membunuh sekitar 10 orang, kebanyakannya pelancong Jerman, di kawasan bersejarah Istanbul. Pemerintah menyalahkan ISIS atas serangan itu.
Serangan kali ini dikutuk keras oleh para pemimpin di seluruh dunia. Menteri Ehwal Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, yang mengadakan lawatan rasmi ke Istanbul, menyifatkan pengeboman itu sebagai "wajah hodoh pengganasan."
Perancis juga mengecam serangan tersebut sebagai "keji dan pengecut."
Jerman, yang minggu ini menutup kedutaan, pejabat konsulat dan sekolah-sekolah di Ankara dan Istanbul atas keprihatinan keselamatan, menggesa para pelancong di Istanbul supaya duduk di dalam hotel.
Parti Demokratik Rakyat Turki (HDP), parti pembangkang asal Kurdi, mengutuk keras serangan tersebut.
"Seperti serangan Ankara, ini adalah tindakan pengganas yang secara langsung menyasarkan orang awam," menurutnya dalam kenyataan menerusi e-mel.
"Sesiapa yang menjalankan serangan ini, ia sama sekali tidak boleh diterima dan tiada alasan baginya," tambahnya.
Turki sedang memerangi ISIS di negara jiran Syria dan Iraq. Ia juga sedang memerangi para militan PKK di tenggara negara itu, di mana gencatan senjata selama 2 1/2 tahun runtuh pada Julai tahun lalu, mencetuskan keganasan paling dahsyat sejak 1990-an.
Sepanjang kempen bersenjatanya di Turki, PKK biasanya menyerang pasukan keselamatan secara langsung dan menyatakan ia tidak menyasarkan orang awam.
Namun serangan-serangan bom sejak kebelakangan ini menunjukkan ia mungkin mengubah taktik.
PKK merancang untuk melancarkan serangan secara agresif semasa cuti musim bunga Newroz sekitar 21 Mac ini, menurut pegawai tersebut.
Newroz diraikan oleh orang Kurdi di Turki dan pada tahun-tahun lepas, menyaksikan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan. 
- Reuters/nd

SUMBER: http://berita.mediacorp.sg/mobilem/world/serangan-nekad-turki-5/2618720.html
Previous PostOlder Posts Home