Kenapa Di Kongkong Oleh Bukan Mahram????
assalamuikum, harini saya nak memberitahu kepada anda semua tentang masyarakat sekarang kursusnya orang sedang bercouple, saya tak tahu lah kenapa orang yang couple ni maaf saya cakap kebanyakkan low quality (bahasa Lembut) lagipun saya ada dengaar kisah kawan kawan perempuan saya, dia punya kekasih tak bagi main phone tengah malam tak, kena mintak izin sebelum buat apa apa jangan jangan nak mengeras dalam tandas pun nak gi tau kot hihi

Golongan mana Kebanyakkan  Menjadi Mangsa?
kebanyakkannya golongan wanita, saya pernah bertanya kepada wanita 80% berkata Tak Suka Dikongkong tapi kalau di tanya lepas kahwin mereka pula JAM OTAK hahaha memang lah kalau kita jatuh cinta seseorang kita akan rasa cemburu,sakit hati, jiwa and raga bla bla bla.


KISAH BENAR:
saya ada seorang kawan dia pun bercouple dan dalam alam percintaan and couple tu dia gi tahu:
dia punya laki tu kalau nak ngorat perempuan lain boleh plak,pergi sana pergi sini tak gi tau dia punya gf dia tu dan laki dia pula boleh plak sembang perempuan lain tetapi kalau si dia ni tak boleh sebab selalu di kongkong oleh BF dia, lepas itu dia dah macam give up dan tak larat tetapi dia masih setia dan sayang, saya pun cakap lah "engkau putus sahajalah dia itu, lagi pun banyak yang lebih bagus dan saya peringat janganlah couple". itu lah sebab kekadang couple ni macam satu pekara macam PERKAHWINAN SIMULASI saya ulang "itu lah sebab kekadang couple ni macam satu pekara macam PERKAHWINAN SIMULASI"

maaf saya cakap entah kenapa remaja sekarang suka couple ni , saya pun remaja juga tapi tak pernah couple dan hmm memang lah tak pernah couple tak tau lah hahaha, berbalik pada cite kalau nak kongkong pun mungkin benda yang baik pendapat saya lah, dan ini satu lagi punya cite, saya tengah chat biasa lah bosan time tu chat dengan kawan sorang ni dalam beberapa minit dia cakap "eh aku nak tido dulu ye" saya pun cakap "aik awalnya ko tido" dia plak ckp "ni haa kekasih aku ni suruh aku tidur awal" saya dalam hati masa tu berkata "ya allah sampai macam tu sekali ke". wahai saudara ku dengar sini kalau dia itu lah mahram kamu tak pe lah nak kongkong tapi kalau bukan mahram tak payah lah bla bla bla malas cite.

kalau saya lah saya tak kongkong seseorang tu kalau dia nak chat dengan laki chat lah dia nak buat apa buat lah tapi saya hanya nasihat je sebab saya tak ada hak dekat dia walaupun perasaan cemburu ada tetapi saya cuba bersikap positif atau terus terang cakap dengan dia secara baik.

Siapa kita?
siapa kita bab ni bagus untuk saya jelaskan maaf lah saya ni buka blog ni kekadang saya luah apa yang terpendam hehehe //gelak nampak gigi//

ok kekadang saya nak tanya yang para kena kongkong dengan kekasih anda tu yang bukan mahram
kalau ibubapa korang kongkong korang marah tk? kalau ya satu lagi soalan

kenapa kalau kekasih korang tu kalau kongkong korang, korang ikut?

tanya diri sendiri

saya pun tak leh huraikan banyak kerana saya tak banyak sangat tahu pasal ni jadi ini setakat luahan saya sahaja kepada anda ye insyaallah doakan saya untuk rajin update blog ni

SIAPA HAK DIA NAK KONGKONG?

saya perlu ingatkan kepada anda semua, yang kongkong korang tu adakah dia sudah membayar mahal perempuan? adakah ia sudah berkahwin dengan kamu? tidakkan jadi dia tak ada hak langsung tak kongkong kau.

kenapa perempuan sekarang jadi macam blur dan bodoh tidak tahu apa apa yang untuk membuat sesuatu.

anda perlu sedar!! anda ada hak!! hak anda dicuri dan dicabul!! kenapa duduk diam dan tak buat apa apa macam tak rasa apa apa!!!!!

Adakah korang rasa hubungan korang dan dia itu kekal?
Adakah Korang rasa dia jodoh korang?
adakah korang yakin akan bersama dengan dia?

jawapan saya ialah tidak

kerana belum tentu akan jadi miliknya selamanya.

CARA NAK MENGATASI DAN KELUAR?

dah penat lelah menaip akhirnya kita disini nak bagi tips hehe...

baiklah~

PERTAMA: TINGGALKAN DIA
gunalah logik akal Jangan ikut hati. hati ni dia sanggup dibodohkan untuk mendapat yang dia sayang, kalau anda ikut logik akal anda bijak. tinggalkan dia sahaja, tetapi mula mula anda cakap dengan dia baik baik, sekiranya dia tidak mahu mendengar kata, tinggalkan begitu saja. dan lagi banyak lagi di luar sana lebih baik daripada dia sebab allah maha berkuasa weh. banyak manusia allah cipta pilih je.

TINGALKAN JAUH JAUH!!!!
delete no phone dia, block whatapp,wechat,facebook dan sebagainya

KEDUA:MOHON KEPADA ALLAH
tidak lupa juga dengan memohon pertolongan daripada ilahi, doalah kepada allah, dia tahu apa yang hamba dia rasa, doakan semoga kau akan bertemu dengan orang lebih baik daripada dia...

LAST: BERSEMBUNYI SEMENTARA DARIPADA SI DIA
untuk ini anda elakkan daripada berjumpa atau terserempak dengan dia, lagi satu jikalau alam maya. jangan angkat phone yang tidak dikenali, dan block rakannya. dan jauh kan diri daripada dia

TAMBAHAN:
banyakkan membaca buku agama bukan buku novel ye...

WALLAHUALAM
cinta
couple itu bermaksud bercinta, cinta itu pula couple hahaha
bismillahirahmanirrahim~
ini lah yang selalu dikatakan oleh semua orang tapi couple tu asal bahasa english yang bermaksud pasangan bukan bercinta sila understand sikit

so bercinta pula bermaksud berkongsi perasaan,tapi saya nak sentuh sikit dengan perempuan ni,perempuan ni IQ masa mood cinta dia, memang rendah sebab tu mudah tertipu, nampak lelaki terus terima dia padahal dia tu bad boy, bukan semua perempuan la ye.

kalau hukum couple (Berpasangan) sememangnya haram dan pula mempunyai sebab antaranya:
  • Berdua-duaan (Bercouple).
  • Duduk ramai-ramai tapi pegang-pegang lelaki perempuan.
  • Hari-hari buat SMS dan berbual lucah dengan pasangan sampaikan si lelaki terbayangkan yang bukan-bukan.
  • Si perempuan pakai baju kurung tapi ketat sampaikan si lelaki ternaik nafsu.
  • Kiss, ringan-ringan dan sebagainya.  
  • Mendengar perempuan menyanyi sampai menaikan nafsu lelaki. 
  • Macam-macam lagi.
ingat ye semua pekara ada hukumnya kalau kita ambil makanan banyak last last makan tak habis, kan membazir dah berdosa.

islam datang bukan nak menyusahkan anda semua tetapi nak mengajar anda erti kehidupan serta membawa kepada jalan yang lurus,

wahai kaum hawa,pelihara la maruah kamu tolong jaga,jangan bagi maruah anda semua tercemar, harga maruah perempuan memang sangat lah mahal, kalau anda bergatal,bergedik, duk percaya dengan lelaki 100% last last berzina kena tinggal hahaha sebenarnya salah perempuan bukan salah lelaki, maaf kan saya ini adalah fakta contohlah kalau ada lelaki mengorat korang dan korang pula bergedik layan mana tak jadi semua tu,cuba kalau diam buat bodo je maybe tak akan terjadi.

saya nak tegur orang perempuan yang bercouple ni Hangpa jangan ikut cakap lelaki yang badboy yang duk kongkong hidup hangpa untuk buat jahat, sebab hangpa belum sah bergelar suami isteri, yang hangpa bercouple ni duk ikut cakap pasaipa patutla kes banyak kes cabul,zina dan sebagainya weh malula weh, aku lelaki pun tau malu sikit sepatutnya hangpa lebih lagi tau tak
- teguran keras

saya nak tegur orang yang update moment,status,blog bagai bagai contoh ayat "Saya menyintai awak lebih dari segala-galanya"

weh weh, ingat lah ungkapan macam tu amat ditakuti kita melampaui had cinta makhluk, dah macam melebihi cinta allah cinta rasul dan boleh syirik tau tak jadi dosa tolong jaga ayat kalau nak pikat tu ya.

aku rasa sedih lah tengok la di fb ada yang ambil gambar tak tutup aurat berpeluk dengan lelaki lepas tu tulis "ya allah sesesungguhnya dia cinta hatiku maka dekatkan lah dgn dia moga di perkenangkan" allah nak makbul ke,allah nak makbul ke. tak punya la weh dapat dosa ja weh dua dah dosa dapat FREE FREE

ok dh full stop berbalik kepada topik kita,

allright, beza couple dengan bercinta

bercinta pula mari kita ulas andakah bercinta itu haram,adakah bercinta itu hanya kepada orang yang sudah berkahwin, apakah salah bercinta mana hujahnya?

LEK LEK LEK DULU LET'S ME EXPLAIN FIRST!

bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan dalam islam. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi  حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab atau alasan untuk diharamkan.

JELAS? FAHAM? OK TERUSKAN!

kita tak boleh la menghukum seseorang yang menyimpan perasaan cinta itu antara satu sama lain adalah haram sebab cinta? cinta adalah fitrah semulajadi kita. tapi tolong ingat lah bahawa kalau korang tak kawal perasaan boleh mengundang bahaya sebab nafsu cinta akan mengawal, dia akan hasut kita pegang tangan last last berzina tapi bukan nafsu saja malah setan pun sama la. bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”.  Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).  

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

JELAS? FAHAM? OK TERUSKAN!

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

tapi kita lihat ramai orang guna alasan agama sebagai menghalalkan sesuatu contoh couple la nak berdating bagai bagai apapun sebelum kita percaya cakap orang tu kita kaji balik logic tak logic.

memang lah secara jujur, saya pun ada juga perasaan cinta dekat seseorang hahaha, islam ini indah sebenarnya ia menuju jalan yang benar, hebat tak islam.

ok sekarang ni couple pula,
couple ni memang sebabnya seperti di atas dia hanya nafsu lagi pun ramai kawan kawan saya yang pernah bercouple berkata menyusahkan sebab asyik di kongkong lepas tu kena miss miss, kena berdating,perabis duit dan banyak lagi la.

oleh itu marilah kita sama sama kena tau apa yang terjadi sekeliling kita ni tengok lah dunia sekarang ramai remaja terjebak gelaja sosial dan ikut gaya barat yang membenarkan pergaulan bebas dan akhirnya kes rogol banyak di negara negara barat sehingga huru hara.

saya ingin minta maaf kalau ada salah silap,kalau ada apa apa yang tertinggal atau salah tafsir ke apa sila email saya di Bakhtiar93tiar@gmail.com saya bagi pihak invader world studio merakam terima kasih kerana membaca di blog kami saya jadi ada semangat nak berdakwah. ok lah wallahualam assalamuikum semoga bermanfaat

SUMBER:
http://gempaqgiler.blogspot.my/2013/10/hukum-bercinta-yang-perlu-kita-fahami.html
http://johor.wanita.ikram.org.my/index.php/soal-jawab/soal-fiqh/83-hukum-bercinta-sebelum-kahwin
http://theotherkhairul.blogspot.my/2011/12/declaration-of-hukum-haram-beza-antara.html


Image result for remaja sekarang
Bismillahirahmanirrahim, Assalamuikum semua kali ni admin nak bincang tajuk sangat best dan sangat popular di kalangan remaja, apa dia tajuknya ialah hujah kenapa couple haram, sejujurnya admin sangat suka kan bab ni tau tak jadi admin mahu citekan dekat hangpa semua dengaq betui betui tau.
Dewasa ini,remaja sekarang sudah hanyut dengan dunia yang mewah ini saya amat suka tajuk ini kerana saya pernah jalan nampak dua ekor(orang) berdua duaan sedang pegang tangan. Apa ni lawak ke, eh tidak!!!. Ramai saya tegur mereka apa mereka jawab mereka jawab.
"Eh kami ni bukan pegang pegang pun kami just berdua je"
Hek eleh tak yah nak kencing aq lah sebabnya kalau tak pegang tapi hati sedang berbunga touch touch kan ehhh,,saya rasa sedih dengan remaja sekarang kenapa mereka boleh jadi macam ni, couple ni memang haram memang jelas tapi ada makhluk plak yang halalkan, depa kata macam ni
"kami bukannya duk zina kami couple suatu hari kami akan kawin≧﹏≦"
Amboi amboi!!! Kau punya solat cam mana,rumah ada tak,kau spender sapa basuh ((´д`)) nak cakap apa lagi,kalau nak kahwin bukan senang tau kena ada ilmu dan persediaan, apa lagi dengan kos sara yang tinggi,gst,dan pelbagai lagi. Apa yang saya nak cakap ialah couple itu haram tak faham lagi ok baiklah saya akan gi tau kenapa couple haram baiklah pembaca blog, sebelum saya jelaskan lebih lanjut, saya nak tanya anda apa yang best sangat dengan couple duk panggil sayang lah melayanglah,bee lah,papa mama lah, tapi apa tujuannya sampai solat pun lalai,sekolah pun entah pape lah,cuba fikir walaupun korang tak berzina ke apa tapi ia boleh mendekat dengan zina tak percaya saya buktikan.
Saya ambil dari buku tarbiah sentap saya ambil sikit sebagai rujukan ok saya akan terangkan,
Ibnu qayyim: bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering.kerana, setiap kali hati dekat dengan orang yang di cintai,maka dia akan semakin jauh dari allah.hati yang paling jauh dari allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta.
Tengok tengok kata ibnu qayyim, memang betul lah kata ibnu qayyim. sekarang ni remaja tewas dengan cinta dan bagi yang perempuan ia permurahkan dengan terperdaya dengan cinta palsu itu, ok baik lah.
saya akan gi tau secara umum dalam al quran ada sebut jangan dekati zina, dalam surah israa ayat 32 "dan janganlah kamu mendekati zina.sesungguhnya ia satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" nampak allah kata apa janganlah kamu mendekati zina nampak tak jadi couple walaupun tak zina tapi ia macam cuma mendekati zina,jadi mari saya beri hujah kenapa couple haram Dalam segi umum iaitu couple menuju zina
Yang pertama ialah: pandangan
Macam biasalah semuanya bermula Pandang je dah tertarik. Lepas tu kata lah "awak tau tk saya ni suka awak bukan kerana rupa" eh betui ke? Hmm ntahlah weh kekadang kita ni ckp je tapi hakikatnya tertarik kerana muka juga tapi ini paling herankan saya, baru je jumpa perempuan/lelaki tu lepas tu mintak nombor then mesej cakap "saya tertarik bukan kerana rupa" eh hang baru ja kenai dia macam mana ni! Haaa tengok cekapnya permainan syaitan.
Yang kedua: beri salam
Wah bukan main lagi bagi salam tapi kalau cakap dengan sesama jantina "woi" eh bukan main lagi panggil woi woi tapi kalau dengan perempuan/lelaki eywah beri salam "assalamuikum awak" yang sekor lagi "waalaikumussalam awak :)" tapi time ni alah mula malu malu  nak try test market hahaha. Kekadang kalau laki mesej perempuan dan perempuan jawab maka mulalah saat kehancuran sebab kekadang perempuan ni kena ayat dah cair -_-
Ketiga: bersembang
Ok dah bersembang ushh macam mana keadaannya ehh mula lah ayat sweet sweet macam ni
"awak ni cantik sangat dengan tuduh labuh saya tertarik sangat"
"Awak pun hensem saya suka awak tau tk boleh kita couple"
HAHAha macam tu lah cara dia nak goda,
Keempat: berjumpa
Wahh so sawit bin lawit dah mesra apa lagi ajar date lah pergi sana guna duit ibubapa bazir sana bazir sini pergi shopping,pergi makan, pandang pandan dan sembang kosong lepas tu lagi teruk peluk ,cium di tempat awam. Ya allah tak malunya allahuakbar.taubat lah anda semua. Lepas masing masing
Dalam lakonan hahaa untuk tarik hati masing masing hahaha.
kelima: berzina
Berzina ada dua cara
Yang pertma:
si dia ajak date lepas tu si perempuan tu plak keluar lepas tu kena rogol bergilir gilir last last mengandung
Yang kedua:
Si laki dan si perempuan rela kan diri lah mula lah berzina di semak,berzina di toilet dan banyak lagi lah sebab untuk bukti cinta setia lah konon.last last kena tinggai plak
OK apa yang saya boleh simpulkan dalam kes ni tak boleh salah kan perempuan dan lelaki sebab itu salah diri sendiri sapa suruh ikut kan dah kena. Hmm saya akan sambung akan datang tapi tajuk lain lah sekiranya sya ada silap email kan saya di bakhtiar93tiar@gmail.com saya harap ni amat manfaat bersama.
Dan lagi sekali saya minta maaf saya tulis ringkas je sebenarnya untuk memudahkan anda baca
Rujukan:
Orang rujukan,
Tarbiah sentap.

Bismillahhirahmanirahim~
Assalamualaikum semua pembaca blog semua sihat alhmdulillah.
Ok baik lah kali ni saya mahu cakap pasal hentai apa itu hentai

Hentai merupakan anime atau manga bergenre lucah. Kebanyakan penggemar hentai adalah lelaki. Terdapat juga golongan perempuan yang menggemari hentai namun majoriti kaum perempuan lebih tertarik kepada yaoi dan shounen-ai.

Hentai seringkali menujukkan aksi seks ganas atau hardcore. Sesetengah orang menyebutnya sebagai shonen hentai. Terdapat juga sesetengah buku hentai yang berbentuk shojo dan disebut sebagai shojo hentai. Shojo Hentai menggabungkan menggabungkan unsur-unsur shojo dan hentai ke dalam cerita.

Jadi anda faham, eh mesti faham saya sebenarnya seorang otaku ya saya memang minat anime tp saya tk minat dengan hentai ni,jadi adakah ia haram ya cuba tengok betul betul

" Hentai merupakan anime atau manga bergenre lucah."

Faham jadi anda faham kan ye

tapi ada yang cakap begini:
"HEk eleh hentai je pun ia cuma macam lukisan ja"

HEY anda tengok konsep ni:
*kalau tengok mesti ketagihkan
*lepas tu anda akan rasa seronok sampai naikkan syahwat
*dan anda akan buat dan mencuba

Hentai ni ia akan pengaruh fikiran anda dan sama juga film lucah walaupun ianya sejenis lukisan tapi cara dan bagaimana mahu membuat seks tau kan ahhh jangan tipu,ok macam nilah sekali anda tengok video lucah,hentai mesti 100% anda akan ketagih. Ingat bagus ke haaa!!! Tengok benda ni
-_-/// tak malu~.

Anda tengok ye kesannya terhadap remaja yang ketagih video lucah ke hentai ke banyakkan mereka terjebak dengan zina bahkan pernah saya baca ada tulis budak sekolah rendah pun dah buat seks dan pandai merogol dan anda tengok lah kes rogol makin meningkat kalau kita biarkan habis musnah segalanya. Allahuakbar bayangkan kerana satu video lucah sahaja boleh membawa kesan yang besar.
Buat kawan otaku saya yang masih tonton atau download hentai sudah lah sudahlah banyak lagi kau boleh tengok.hentikan lah kesannya memang berat sekali.

Saya tahu remaja ni hidupnya mahu keseronokan je tapi kita kena sedar bahawa keseronokan itu boleh melalaikan kita,saya pun entah macam mana nak kata lah apa yang best sangat tengok video lucah sedangkan ia memang haram,saya tulis ini bukan sahaja hentai tapi video video lucah yang lain,Ketahui lah apa kesannya kalau kita tonton hentai atau video lucah ia akan jadi:

Antara kesannya:
1.Allah tarik seri di wajahnya
2.Rezki disempitkan
3.Allah bentuk titik-titik hitam di hatinya setiap kali dia tengok  video seks
4.Tayangan Gambar seks akan dipancarkan di padang mahsyar  ketika  berhimpun di hari Qiamat kelak.
5.Kesan berdosa tetap ada sehingga doanya kurang dimakbulkan oleh Allah SWT.
Justeru admin nasihatkan agar anda segera bertaubat nasuha (sungguh-sungguh) kepada Allah,mudah-mudahan niat anda diterima dan dosa anda diampunkan.

Ya allah ampun kan lah aku ya allah

SAya kekadang sedih juga masyarakat sekarang ni hanyut dalam buai mimpi yang indah hakikatnya bagaikan neraka
couple sana couple sini haishh apapun terima kasih anda kunjungi blog saya dan kalau ada nak tambah dan nak buat pembetulan sekiranya saya salah emailkan saya bakhtiar93tiar@gmail.com saya ni bukan ustaz saya masih remaja dan pelajar biasa apapun hanya allah yang tahu wallahualam~ assalamuikum
(⌒▽⌒)
Penulis asuki yuuki

Next PostNewer Posts Home