Kenapa Di Kongkong Oleh Bukan Mahram????
assalamuikum, harini saya nak memberitahu kepada anda semua tentang masyarakat sekarang kursusnya orang sedang bercouple, saya tak tahu lah kenapa orang yang couple ni maaf saya cakap kebanyakkan low quality (bahasa Lembut) lagipun saya ada dengaar kisah kawan kawan perempuan saya, dia punya kekasih tak bagi main phone tengah malam tak, kena mintak izin sebelum buat apa apa jangan jangan nak mengeras dalam tandas pun nak gi tau kot hihi

Golongan mana Kebanyakkan  Menjadi Mangsa?
kebanyakkannya golongan wanita, saya pernah bertanya kepada wanita 80% berkata Tak Suka Dikongkong tapi kalau di tanya lepas kahwin mereka pula JAM OTAK hahaha memang lah kalau kita jatuh cinta seseorang kita akan rasa cemburu,sakit hati, jiwa and raga bla bla bla.


KISAH BENAR:
saya ada seorang kawan dia pun bercouple dan dalam alam percintaan and couple tu dia gi tahu:
dia punya laki tu kalau nak ngorat perempuan lain boleh plak,pergi sana pergi sini tak gi tau dia punya gf dia tu dan laki dia pula boleh plak sembang perempuan lain tetapi kalau si dia ni tak boleh sebab selalu di kongkong oleh BF dia, lepas itu dia dah macam give up dan tak larat tetapi dia masih setia dan sayang, saya pun cakap lah "engkau putus sahajalah dia itu, lagi pun banyak yang lebih bagus dan saya peringat janganlah couple". itu lah sebab kekadang couple ni macam satu pekara macam PERKAHWINAN SIMULASI saya ulang "itu lah sebab kekadang couple ni macam satu pekara macam PERKAHWINAN SIMULASI"

maaf saya cakap entah kenapa remaja sekarang suka couple ni , saya pun remaja juga tapi tak pernah couple dan hmm memang lah tak pernah couple tak tau lah hahaha, berbalik pada cite kalau nak kongkong pun mungkin benda yang baik pendapat saya lah, dan ini satu lagi punya cite, saya tengah chat biasa lah bosan time tu chat dengan kawan sorang ni dalam beberapa minit dia cakap "eh aku nak tido dulu ye" saya pun cakap "aik awalnya ko tido" dia plak ckp "ni haa kekasih aku ni suruh aku tidur awal" saya dalam hati masa tu berkata "ya allah sampai macam tu sekali ke". wahai saudara ku dengar sini kalau dia itu lah mahram kamu tak pe lah nak kongkong tapi kalau bukan mahram tak payah lah bla bla bla malas cite.

kalau saya lah saya tak kongkong seseorang tu kalau dia nak chat dengan laki chat lah dia nak buat apa buat lah tapi saya hanya nasihat je sebab saya tak ada hak dekat dia walaupun perasaan cemburu ada tetapi saya cuba bersikap positif atau terus terang cakap dengan dia secara baik.

Siapa kita?
siapa kita bab ni bagus untuk saya jelaskan maaf lah saya ni buka blog ni kekadang saya luah apa yang terpendam hehehe //gelak nampak gigi//

ok kekadang saya nak tanya yang para kena kongkong dengan kekasih anda tu yang bukan mahram
kalau ibubapa korang kongkong korang marah tk? kalau ya satu lagi soalan

kenapa kalau kekasih korang tu kalau kongkong korang, korang ikut?

tanya diri sendiri

saya pun tak leh huraikan banyak kerana saya tak banyak sangat tahu pasal ni jadi ini setakat luahan saya sahaja kepada anda ye insyaallah doakan saya untuk rajin update blog ni

SIAPA HAK DIA NAK KONGKONG?

saya perlu ingatkan kepada anda semua, yang kongkong korang tu adakah dia sudah membayar mahal perempuan? adakah ia sudah berkahwin dengan kamu? tidakkan jadi dia tak ada hak langsung tak kongkong kau.

kenapa perempuan sekarang jadi macam blur dan bodoh tidak tahu apa apa yang untuk membuat sesuatu.

anda perlu sedar!! anda ada hak!! hak anda dicuri dan dicabul!! kenapa duduk diam dan tak buat apa apa macam tak rasa apa apa!!!!!

Adakah korang rasa hubungan korang dan dia itu kekal?
Adakah Korang rasa dia jodoh korang?
adakah korang yakin akan bersama dengan dia?

jawapan saya ialah tidak

kerana belum tentu akan jadi miliknya selamanya.

CARA NAK MENGATASI DAN KELUAR?

dah penat lelah menaip akhirnya kita disini nak bagi tips hehe...

baiklah~

PERTAMA: TINGGALKAN DIA
gunalah logik akal Jangan ikut hati. hati ni dia sanggup dibodohkan untuk mendapat yang dia sayang, kalau anda ikut logik akal anda bijak. tinggalkan dia sahaja, tetapi mula mula anda cakap dengan dia baik baik, sekiranya dia tidak mahu mendengar kata, tinggalkan begitu saja. dan lagi banyak lagi di luar sana lebih baik daripada dia sebab allah maha berkuasa weh. banyak manusia allah cipta pilih je.

TINGALKAN JAUH JAUH!!!!
delete no phone dia, block whatapp,wechat,facebook dan sebagainya

KEDUA:MOHON KEPADA ALLAH
tidak lupa juga dengan memohon pertolongan daripada ilahi, doalah kepada allah, dia tahu apa yang hamba dia rasa, doakan semoga kau akan bertemu dengan orang lebih baik daripada dia...

LAST: BERSEMBUNYI SEMENTARA DARIPADA SI DIA
untuk ini anda elakkan daripada berjumpa atau terserempak dengan dia, lagi satu jikalau alam maya. jangan angkat phone yang tidak dikenali, dan block rakannya. dan jauh kan diri daripada dia

TAMBAHAN:
banyakkan membaca buku agama bukan buku novel ye...

WALLAHUALAM
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home