Kenapa Hari Valentine haram di sisi islam

terutama sekali minta maaf admin lambat update blog kerana admin banyak urusan kena di buat tapi insyaallah admin nak bahas sebar sedikit...

sebut sahaja hari valentine mesti ramai yang garu kepala nak terang kenapa ada hari valentine,

sejarahnya senang sahaja, admin ringkaskan ceritanya
pada tarikh 14 febuari adalah tarikh kematian st.valentine, st valentine ni adalah paderi kristian. yang mana dalam satu riwayat dikisahkan bahawa, sebelum st valentine dibunuh, ketika beliau di penjara,beliau telah jatuh cinta kepada seorang anak pegawai penjara atau pun putera (tak silap) dan akhir hayatnya beliau sempat menulis, sepucuk surat cinta yang bertandatangan from your valentine.

jadi asal valentine adalah sambutan oleh agama kristin bukan islam hmm tak mengapalah, admin nak bahas sedikit beberapa pekara, Kenapa Hari Valentine haram di sisi islam.

1.bukan dari islam
valentine sebenarnya bukan dari islam jelas apa yang admin kata tadi, valentine adalah sambutan oleh agama kristian. ingatlah hadis yang diriwayat oleh abu daud:
"BARANG SIAPA YANG MENIRU - NIRU SESUATU KAUM, DIA AKAN TERMASUK KAUM TERSEBUT..."

2.RISIKO MAKSIAT/ZINA ADALAH TINGGI
hari valentine tidak terlepas dari keluar berjalan - jalan dengan orang yang bukan mahram atau ajnabi, malah boleh terjebak dengan perbuatan maksiat seperti, berpegangan tangan, mesej,berzina,peluk dan sebagainya. walaupun ada orang kata "kami berpegang je bukan berzina pun" tetapi ingatlah allah pernah berfirman dalam surah
Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

allah kata apa, allah kata jangan kamu mendekati zina bukan allah kata janganlah kamu zina. dengar betul betul...

3.GALAKAN PERGAULAN BEBAS
 kalau sebut sahaja hari valentine memang tidak terlepas dari pergaulan bebas dan memang betul pun haha, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan ingat anda semua, jikalau anda berdua dua dengan orang yang bukan mahram ingatlah, orang ketiga tu mesti lah syaitan seperti mana.
“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)

4.LEKA DAN MEMBAZIR
pemuda pemuda yang sedang leka dengan kekasihnya percaya lah mereka sedang dalam dunia khayalan mereka justeru mereka banyak menghabiskan masa nak bersembang,makan, pergi shopping, menghabiskan duit mereka. dan sampai satu tahap tak terkawal lagi yang mana masing masing nak tunjuk cinta sejati mereka dengan memberi hadiah yang mahal - mahal. baik sahaja beri atau sedekah dekat masjid dapat pahalakan dan yang paling teruk dengan berzina, astagfirullah al azim

kesimpulan:

valentine ni hanya orang bukan islam, kerana ia bercanggah dengan islam. sebenarnya mereka kata hari kekasih. kadang kala mereka ada berkata "alah hari valentine hari kasih sayang boleh la kita bagi hadiah dekat kawan,ibu bapa dan sebgainya. perlu admin pesan. hari kekasih dalam islam adalah setiap hari. setiap hari kena sayang akan ibubapa, setiap hari kena sayang akan negara, setiap hari kena sayang akan masyarakat. dan admin berterima kasih kerana membaca blog admin. dan apa yang baik dari allah. apa yang buruk datang dari saya sendiri...

assslamuikum.wbt
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home